07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 28 Februari 2026 – Seorang pelajar daripada ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah dijemput sebagai juri hakim bagi Pertandingan Azan yang berlangsung di pentas utama U Sentral Masai hari ini.

Saudara Muhammad Fitri bin Zaini, pelajar Semester 4 Program Teknologi Automotif, telah diberi penghormatan untuk mengadili pertandingan tersebut yang dianjurkan bersempena program komuniti dan pengimarahan syiar Islam oleh pihak pasaraya berkenaan.

Pertandingan ini disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk orang awam, pelajar tahfiz serta penghuni rumah asnaf di bawah kelolaan Halo Prihatin. Program ini bertujuan memupuk minat generasi muda terhadap seni dan adab melaungkan azan serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti kerohanian.

Pelantikan Muhammad Fitri sebagai juri mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap kualiti sahsiah dan kompetensi pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, bukan sahaja dalam bidang teknikal bahkan dalam aspek kepimpinan dan nilai keagamaan.

Pihak kampus merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penganjur atas kepercayaan yang diberikan. Penglibatan ini diharap dapat meningkatkan lagi imej institusi serta membuktikan bahawa pelajar TVET mampu menjadi duta kecil dalam memperkukuh nilai spiritual dan sosial dalam masyarakat.

Program berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh harmoni dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung pusat membeli-belah tersebut.

Skip to content