07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

24 Julai 2025 | Senai – Satu sesi pembentangan pencapaian sasaran kerja tahunan dan skop kerja tambahan bagi tahun setengah 2025 telah diadakan di ADTEC JTM Kampus Senai, bertempat di Bilik Smart Classroom Huawei. Aktiviti ini melibatkan ahli mesyuarat pengurusan kampus yang bertujuan menilai pencapaian semasa, mengenal pasti skop penambahbaikan, serta memastikan kualiti kerja sentiasa ditingkatkan untuk tahun ini serta tahun-tahun yang seterusnya. Selain itu, pencapaian sasaran kerja tahunan untuk KC Pengarah turut dibentangkan bagi mendapatkan maklum balas mengenai pelaksanaan proses kerja yang sedang dijalankan. Dalam sesi yang sama Timbalan Pengarah Operasi turut membentangkan Projek TVET OJT bagi Pelaksanaan Kampung Angkat Madani.

Pengarah kampus tersebut, Ts. Dr. Hj Azli Amin bin Raus turut menegaskan pentingnya komitmen semua ahli pasukan dalam usaha untuk memperbaiki serta meningkatkan kualiti kerja secara berterusan. Melalui sesi ini, diharapkan dapat memperkukuh serta mempertingkatkan kerjasama berpasukan dalam mencapai visi dan misi jabatan.

Skip to content