07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai berbesar hati menerima jemputan daripada pihak JPKK untuk membuka reruai sempena Karnival Gempak Merdeka anjuran JPKK Kg Baru Sri Aman dan Rangkaian bersama Majlis Perbandaran Kulai.

Penglibatan pihak kampus dalam karnival kali ini sebagai tanda sokongan kepada pihak JPKK yang mana kampung ini merupakan Kampung Angkat Madani kepada ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai.

Dianggarkan sekitar 100 pengujung hadir di reruai ini bagi mendapatkan pencerahan serta khidmat nasihat berkenaan latihan TVET. Aktiviti membuat rantai kunci DIY dan Rendering Basic Shape yang dijalankan di reruai juga menjadi tarikan utama pengunjung yang hadir. Dalam aktiviti ini mereka diberi pendedahan oleh pegawai yang bertugas bagaimana menghasilkan rantai kunci menggunakan teknik mekanikal casting plastik dan membuat pemaparan bentuk asas 3D.

Penyertaan pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai dalam karnival kali ini diharap dapat memberi pendedahan kepada komuniti setempat tentang latihan kemahiran TVET yang semakin mendapat perhatian di kalangan remaja lepasan sekolah serta pihak ibu bapa.

Skip to content