07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

PASIR GUDANG, 30 September 2025 – Alhamdulillah, pada hari ini pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima sumbangan barangan lebihan (surplus) projek daripada Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP).

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerjasama strategik di bawah program VISTA i-Plus. Barangan yang diterima merangkumi pelbagai paip keluli, bebibir (flanges), komponen pemasangan paip (pipe fittings), dan struktur keluli yang dianggarkan bernilai 80k-150k.

Barangan surplus ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan latihan dan pembangunan kemahiran untuk para pelajar program VISTA di ADTEC Pasir Gudang, khususnya dalam bidang:

  • Kimpalan 6G (6G Welding)
  • Pemasangan Paip (Pipe Fitter)

Dengan adanya bahan-bahan industri sebenar ini, para pelajar akan mendapat pendedahan langsung kepada peralatan yang digunakan di lapangan, sekaligus meningkatkan kompetensi dan kebolehpasaran mereka selepas tamat pengajian.

Pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak INSTEP dan PETRONAS atas sumbangan yang amat bermakna ini. Kerjasama erat antara institusi TVET dan pemain industri adalah kunci kepada pemerkasaan modal insan negara.

Skip to content