07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, Johor – Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Reza Zahin Hanafi bin Rezazurin, atas penglibatan beliau sebagai Assistant Coach dalam program Taekwondo Junior & Open Championship 2026 yang telah berlangsung pada 11 hingga 12 April 2024 bertempat di Velodrome Iskandar Puteri, Johor.

Program ini merupakan jemputan daripada Persatuan Taekwondo Johor dan mendapat pengiktirafan daripada Taekwondo Malaysia (WT), sekali gus menjadikannya platform berprestij dalam pembangunan sukan taekwondo di peringkat negeri dan kebangsaan.

Reza Zahin Hanafi merupakan pelajar Semester 2 dalam bidang Teknologi Pembuatan (Pemesinan). Selain cemerlang dalam bidang akademik dan teknikal, beliau juga aktif dalam kepimpinan pelajar sebagai Ketua Biro Kerohanian dan Khidmat Sosial.

Penglibatan beliau dalam program ini mencerminkan keseimbangan antara kecemerlangan akademik, sahsiah diri serta penglibatan aktif dalam bidang kokurikulum. Ia juga selari dengan hasrat institusi dalam melahirkan graduan holistik, berdaya saing dan berkemahiran tinggi.

Pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan tahniah atas pencapaian ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus melakar kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Skip to content