07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

11-12 MAC 2025 | ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah melaksanaan Penilaian akhir Program VISTA i-Plus yang melibatkan Welder Qualification Test (WQT) dan Pipe Fitter Assessment. Penilaian akhir ini dilaksanakan bagi menilai tahap kompetensi kemahiran peserta serta memberi pendedahan kepada standard penilaian yang digunapakai dalam industri minyak dan gas.

Pelaksanaan program ini melibatkan kerjasama strategik antara institusi latihan dan pihak industri bagi memastikan latihan kemahiran yang dijalankan selaras dengan keperluan sebenar industri. Sepanjang penilaian berlangsung, beberapa wakil industri telah hadir bagi menyaksikan penilaian dan pemantauan aktiviti yang dijalankan.

Antara syarikat industri yang hadir adalah PETRONAS, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd, Kemikon Sdn Bhd, Poratha Corporation, ENPROSERVE (M) Sdn Bhd serta NSF.

Kehadiran wakil industri ini bukan sahaja membantu dalam proses penilaian kemahiran, malah turut memberi peluang kepada peserta untuk memahami keperluan sebenar industri serta standard kompetensi yang diperlukan bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam sektor berkaitan.

Penilaian program dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan, skop, gambaran keseluruhan prosedur kerja dan sesi amali dan sesi verifikasi teori modul latihan. Pihak industri juga turut mengadakan sesi temuduga bersama peserta program vista i Plus ini.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif VISTA i-PLUS PETRONAS bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam industri minyak & gas. Seramai 13 orang pelajar program Welder Qualification Test (WQT) dan 17 orang pelajar Program Advance Pipe Fitter telah mengikuti program VISTA I-Plus Petronas-JTM bagi sesi 3/2025 yang bermula pada 29 Disember 2026 – 27 Mac 2026 di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat memperkukuhkan kerjasama antara ADTEC JTM Pasir Gudang dan pihak industri, di samping membantu melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten serta memenuhi kehendak industri khususnya dalam bidang minyak dan gas.

Skip to content