07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Hari ini, 18 Disember 2025, 2 orang pegawai dari Pejabat Daerah Johor Bahru hadir ke ADTEC JTM Pasir Gudang bagi Penyerahan Fasa 1 Insentif Khas Kerajaan Negeri Johor kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri Johor. Insentif ini merupakan satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan atas komitmen, dedikasi serta sumbangan berterusan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, berintegriti dan berkesan kepada rakyat.

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri Johor terhadap peranan penting penjawat awam Persekutuan sebagai rakan strategik dalam pembangunan negeri serta kesejahteraan masyarakat.

Semoga pemberian insentif ini dapat menjadi pemangkin semangat dan motivasi untuk terus melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab, profesionalisme dan iltizam demi kemajuan negeri Johor dan negara keseluruhannya.

Skip to content