Program Jelajah AI MyMahir telah diadakan dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Berhad bertempat di Parit Sulong pada 9 Mei 2026. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar berkaitan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI), perkembangan teknologi semasa serta peluang kerjaya dalam bidang digital dan teknologi masa hadapan. Seramai 40 oarng pelajar pelbagai kursus dari Kampus Pasir Gudang dan juga Kampus Senai telah menyertai program ini.
Program memberi peluang kepada peserta untuk memahami kepentingan penguasaan kemahiran digital selaras dengan keperluan industri dan revolusi teknologi semasa. Antara objektif penyertaan pelajar ke program ini adalah:
i. Memberikan pengenalan asas mengenai Kecerdasan Buatan (AI) serta aplikasinya dalam kehidupan seharian dan kepentingannya dalam konteks semasa;
ii. Memperkenalkan inisiatif TalentCorp yang menyokong peluang kerjaya serta peningkatan kemahiran dalam bidang berkaitan; dan
iii. Menyediakan pensijilan asas AI bagi meningkatkan kebolehpasaran dan daya saing peserta.
Sepanjang program berlangsung, pelajar berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti berbentuk perkongsian ilmu, demonstrasi penggunaan AI serta sesi interaktif bersama penceramah. Program ini berjaya memberi pendedahan berguna kepada pelajar mengenai teknologi AI, perkembangan industri digital serta peluang kerjaya masa hadapan.
