07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, Johor – Southern Volunteer (SV) ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah menyertai satu program lawatan beramai-ramai ke Stadium Sultan Ibrahim bagi menyaksikan perlawanan bola sepak antarabangsa antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Shan United dari Myanmar pada 29 Januari 2026.

Perlawanan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan itu menyaksikan pasukan JDT mencatat kemenangan bergaya dengan keputusan 3-0 ke atas Shan United. Sorakan padu para penyokong jelas membangkitkan semangat pemain sepanjang perlawanan.

Seramai 100 orang Ahli Southern Volunteer (SV) ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta untuk menyaksikan perlawanan bola sepak bertaraf antarabangsa, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kedua-dua kampus.

Selain memupuk semangat kesukanan, penyertaan ini juga selari dengan objektif Southern Volunteer dalam membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan sosial serta menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat.

Pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha memperkukuh semangat kebersamaan, kerjasama dan sokongan terhadap sukan tempatan dalam kalangan warga ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai.

Skip to content