Pasir Gudang, 8 Februari 2026 – Festival Layang-Layang Sedunia Ke-28 Pasir Gudang telah berlangsung selama 5 hari bermula 4-8 Februari 2026. Seramai 10 orang pegawai dan 200 orang pelajar di bawah pasukan sukarelawan Wira Kesuma ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah terlibat sebagai petugas kawalan keselamatan di padang semasa festival berlangsung bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengunjung serta pelayang.
Penyertaan sukarelawan Wira Kesuma ini secara tidak langsung memberi impak kepada komuniti khususnya dari segi kebajikan sosial dan semangat kesukarelawanan serta kepada pelajar itu sendiri dari segi membina kepimpinan dan nilai Insaniah.
