07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Isnin, 8 Disember 2025 – Pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang yang diwakili oleh Pegawai CESS, Pn Norina binti Andang telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak pengurusan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Pihak PTP diwakili oleh Pn. Rosliza Che Wahab, Manager Learning & Development serta Encik Zulkarnain Salim, Technical Specialist.

Sesi perbincangan ini tertumpu kepada persediaan awal serta perancangan strategik kedua-dua belah pihak dalam menjayakan cadangan pelaksanaan Program Port Equipment Maintenance secara sepenuh masa serta pelaksanaan secara quick win di kampus ini.

Perbincangan turut merangkumi keperluan latihan, kemudahan sokongan, kepakaran industri serta kesediaan pihak PTP untuk menawarkan kursus kepada kakitangan kampus ini dalam bidang berkaitan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengajar dalam bidang ini, sebagai persediaan awal sebelum program dijalankan secara rasmi.

Diharapkan segala perancangan dan langkah-langkah yang telah dirangka bersama ini dapat dilaksanakan dengan lancar serta memberi impak positif kepada pembangunan kemahiran pelajar selaras dengan keperluan industri semasa dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan dalam bidang penyelenggaraan peralatan pelabuhan.

Skip to content