07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima kunjungan daripada pihak AZ Motorsport pada 9 April 2026 yang diwakili oleh Pengarah Urusan, En. Mohd Norzee B. Mohd Muhajir. Kehadiran beliau telah disambut oleh Penolong Pengarah CESS, Pn. Norina Bt Andang.

Sesi perbincangan ini memberi fokus kepada jalinan kerjasama strategik antara pihak industri dan institusi latihan, khususnya dalam pelaksanaan program industry in campus dalam bidang automotif, dengan penekanan kepada servis selepas jualan (after sales service).

Inisiatif ini dilihat mampu membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pendedahan industri sebenar serta meningkatkan kebolehpasaran graduan selaras dengan keperluan industri semasa. Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat TVET yang lebih kompeten dan berdaya saing.

Skip to content