ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah menerima kunjungan daripada pihak Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd (MRTS) yang diwakili oleh En. Hisyam Hassan (Pengurus Kanan, Rakan Strategik Sumber Manusia Wilayah Selatan) serta En. Mazli dari ibu pejabat MRTS Kuala Lumpur pada 21 April 2026.
Delegasi telah disambut oleh Pengarah ADTEC, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus bersama pegawai CESS, Tc. Megat Mohamad Faizar B. Abdul Wahab. Perbincangan tertumpu kepada:
🔹 Kolaborasi strategik antara ADTEC, JTDC dan MRTS
🔹 Peluang penempatan pekerjaan kepada pelajar ADTEC serta belia negeri
🔹 Kerjasama dalam bidang latihan dan pembangunan kemahiran
Semoga jalinan kerjasama ini membuka lebih banyak peluang kerjaya dan meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET selaras dengan keperluan industri semasa. Terima kasih kepada pihak MRTS atas kesudian hadir ke ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.
