07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

5 Mac 2026 – Wakil daripada ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Tc. Megat Mohamad Faizar bin Abdul Wahab, telah menghadiri sesi perjumpaan bersama YB Tuan Aznan Bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.

Perjumpaan tersebut diadakan di Pejabat Johor Talent Development Council (JTDC), Menara IIB, Iskandar Puteri dan turut melibatkan institusi TVET Johor serta penyelaras JTDC.

Dalam sesi ini, amanat telah disampaikan oleh Ketua Penyelaras JTDC bersama YB EXCO, yang menekankan kepentingan kerjasama erat antara institusi TVET di Negeri Johor bagi menyokong pembangunan Johor–Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ).

Kerjasama strategik antara institusi TVET dan pihak industri melalui platform JTDC dilihat sebagai langkah penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir berkemahiran tinggi yang berpotensi memperoleh gaji premium, selaras dengan keperluan industri masa hadapan.

Diharapkan kolaborasi ini dapat memperkukuhkan ekosistem TVET Johor serta membuka lebih banyak peluang kerjaya berkualiti kepada graduan.

Skip to content