07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

27 Februari 2026 | Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor

Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan ADTEC JTM Kampus Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus telah dijemput menghadiri Perjumpaan Bulanan JS-SEZ dan JTDC bersama YAB Menteri Besar Johor yang berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor pada 27 Februari 2026.

Dalam amanatnya, Menteri Besar Johor menekankan kepentingan memperkasa dan memartabatkan TVET Johor sebagai tunjang pembangunan ekonomi negeri serta penyedia utama tenaga mahir tempatan.

Antara fokus utama yang digariskan:
✅ Memperkukuh sinergi antara institusi TVET dan industri
✅ Melahirkan bakat teknikal berkemahiran tinggi
✅ Menyokong agenda pembangunan Johor sebagai negeri maju
✅ Memastikan peluang pekerjaan berkualiti untuk anak Johor

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai terus komited menyokong aspirasi negeri dalam membangunkan modal insan berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

Skip to content