07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Kg Sinaran Baru, 29 Julai 2025 – Satu sesi perjumpaan rasmi telah diadakan antara pihak kontraktor Projek Kampung Angkat Madani (KAM) dengan Ketua Kampung Sri Aman dan Rangkaian serta ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). Turut hadir dalam sesi ini ialah Timbalan Pengarah Operasi (TPO) ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai, Tuan Haji Zuraidy bin Kadir.

Perjumpaan ini melibatkan tiga syarikat kontraktor pelaksana utama projek di bawah inisiatif KAM:

• Syarikat Cheezy Global – Projek Pembinaan Longkang

• Syarikat Anggerik Technology – Projek Kerja Selenggara Jalan

• Syarikat Sebati Enterprise – Projek Naik Taraf Balai Raya

Fokus utama sesi ini adalah pembentangan skop kerja, perancangan pelaksanaan serta jangka masa projek kepada pihak Ketua Kampung dan JPKK. Perbincangan turut menyentuh peranan komuniti dalam menyokong kelancaran pelaksanaan projek serta isu teknikal yang berkaitan.

Sesi ini memberi ruang kepada pertukaran maklumat yang penting antara semua pihak terlibat, bagi memastikan pelaksanaan Projek Kampung Angkat Madani dapat dijalankan secara telus, berkesan dan memberi impak maksimum kepada masyarakat setempat.

Skip to content