Satu sesi perkongsian teknologi spray aerosol telah diadakan hasil kerjasama antara syarikat Samurai dan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang pada hari Rabu, 4 Februari 2026. Program ini melibatkan seramai 40 orang pelajar bidang automotif yang bertujuan memberi pendedahan industri berkaitan teknologi spray aerosol yang digunakan secara meluas dalam kerja-kerja kemasan, penyelenggaraan dan baik pulih automotif.
Sepanjang sesi berlangsung, wakil syarikat Samurai telah menerangkan secara terperinci mengenai jenis-jenis spray aerosol, kaedah penggunaan yang betul, aspek keselamatan, serta aplikasi praktikal dalam industri automotif. Selain itu, demonstrasi penggunaan produk turut dijalankan bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap teknik semburan yang tepat dan berkesan.
Program ini telah memberi manfaat yang signifikan kepada para pelajar dengan meningkatkan pengetahuan teknikal serta kefahaman terhadap amalan sebenar industri. Secara keseluruhannya, sesi perkongsian ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif dalam merapatkan hubungan antara institusi latihan dan pihak industri.diteruskan demi manfaat bersama.
