07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, Johor – Perlawanan Akhir Liga Bola Sepak Piala Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang bagi sesi 1/2026 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan yang tinggi. Perlawanan akhir ini menemukan dua pasukan hebat iaitu pasukan Teknologi Fabrikasi Struktur Logam menentang pasukan Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal.

Sebelum perlawanan bermula, YBrs. Ts. Dr. Haji Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, telah meluangkan masa menyantuni para pemain daripada kedua-dua pasukan. Beliau turut merasmikan perlawanan akhir ini dengan melakukan sepakan penalti sebagai simbolik pembukaan perlawanan.

Perlawanan yang dinanti-nantikan ini berlangsung dengan sengit apabila kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang bertenaga, disiplin serta strategi permainan yang tersusun. Sorakan penyokong turut memeriahkan suasana, menjadikan perlawanan lebih kompetitif dan menarik.

Namun begitu, kelebihan akhirnya memihak kepada pasukan Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal yang berjaya menewaskan pasukan Teknologi Fabrikasi Struktur Logam dengan jaringan tipis 1-0. Gol tunggal tersebut sudah cukup untuk memastikan kejuaraan menjadi milik mereka.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat dalam bidang sukan bola sepak, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar serta warga ADTEC. Diharapkan penganjuran program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum.

Skip to content