07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Perlawanan persahabatan antara kampus-kampus wilayah selatan telah diadakan pada 16 Mei 2026 bertempat di ADTEC JTM Kampus Tangkak. Program ini kampus. melibatkan penyertaan pelajar dan juga kakitangan daripada 7 kampus iaitu Proton Institut, Kampus Bukir Katil, Kampus Selandar, KampusBatu Pahat, Kampus Mersing, Kampus Pasir Gudang & Semai serta tuan rumah Kampus Tangkak. Aktiviti ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta meningkatkan kerjasama antara warga institusi.

Antara objektif pelaksanaan program ini adalah seperti berikut:

  1. Meningkatkan kesedaran kesihatan melalui penganjuran aktiviti sukan dan penyertaan fizikal yang berterusan.
  2. Menggalakkan penyertaan aktif dalam sukan dengan memberi peluang kepada warga ADTEC JTM yang berbakat dan berminat untuk bertanding.
  3. Mengeratkan hubungan sosial dengan memupuk semangat kebersamaan, setiakawan dan perpaduan antara peserta seluruh ADTEC JTM.
  4. Menyokong agenda kerajaan dalam mempromosikan budaya sukan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara yang aktif dan sihat.

Sebanyak 4 acara persahabatan telah diadakan iaitu Bola sepak, Sepaktakraw, Ping Pong berpasukan dan Badminton berpasukan. Secara keseluruhannya, Perlawanan Persahabatan ADTEC JTM Kampus Wilayah Selatan yang berlangsung pada 16 Mei 2026 di ADTEC JTM Tangkak telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini bukan sahaja dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan, malah berjaya mengeratkan hubungan antara warga institusi di bawah JTM wilayah selatan.

Skip to content