07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah diadakan pada 28 Januari 2026 bertempat di Dewan Platinum Kampus Pasir Gudang dan Dewan Seri Johor di Kampus Senai. Pilihan Raya ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada pelajar memilih wakil kepimpinan pelajar secara demokratik. Proses ini bertujuan membentuk kepimpinan pelajar yang berintegriti, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam menyuarakan aspirasi pelajar.

Pilihan Raya kali ini telah berjalan dengan lancar dan teratur mengikut peraturan yang ditetapkan. Proses pengundian dilaksanakan secara telus dengan pemantauan oleh Jawatankuasa Sekretariat Pilihan Raya yang telah dilantik. Tiada insiden serius atau pelanggaran peraturan dilaporkan sepanjang tempoh pengundian. Seramai 721 daripada 745 (96.77%) orang pelajar telah mengundi calon pilihan masing-masing.

Secara keseluruhannya, Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar ADTECJTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan barisan kepimpinan pelajar yang terpilih dapat menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab serta memberi impak positif kepada pembangunan pelajar dan institut.

Skip to content