Senai, 15 April 2026 – Program TVET Rise: Bina Diri, Bina Masa Depan telah berjaya dilaksanakan pada 15 April 2026 bertempat di Surau ADTEC JTM Kampus Senai.
Program ini merupakan salah satu usaha pihak BPPL untuk memperkasa pembinaan jati diri dalam kalangan pelajar TVET agar lebih berdaya saing, berakhlak dan berintegriti.
Pengisian program memberi fokus kepada aspek pembangunan sahsiah dan kekuatan dalaman pelajar, meliputi:
- Kepentingan jati diri sebagai pelajar TVET
- Pembentukan disiplin dan tanggungjawab
- Peranan nilai agama dalam membentuk peribadi unggul
- Cabaran generasi muda dan cara menanganinya.
- Kesedaran bahaya dadah serta seruan untuk menjauhi najis dadah yang boleh merosakkan masa depan dan jati diri pelajar
Pendekatan santai tetapi berimpak telah digunakan bagi memastikan mesej yang disampaikan mudah difahami dan dekat dengan realiti kehidupan pelajar masa kini. Menariknya, selepas tamat program, wakil BPPL iaitu Tn. Hj. Noorazam bin Yaakob turut meluangkan masa untuk beramah mesra bersama para pelajar, sekali gus mengeratkan hubungan serta memberi ruang kepada sesi perkongsian secara lebih santai dan dekat.
Program ini turut mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar, sekali gus mencerminkan kesedaran dan keinginan mereka untuk memperbaiki diri serta membina masa depan yang lebih cemerlang, bebas daripada pengaruh negatif.
