07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 26 Ogos 2025, SMK Kota Masai telah berjaya menganjurkan Program Celik Kerjaya yang disertai oleh seramai 200 orang murid Tingkatan 5. Program ini memberi inspirasi dan panduan kepada para pelajar dalam membuat perancangan masa depan, sama ada melanjutkan pelajaran, membina kerjaya atau menceburi bidang kemahiran.

Program ini telah menampilkan pegawai dari Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan ADTEC JTM, Kampus Pasir Gudang dan Senai sebagai penceramah jemputan. Kehadiran beliau memberi suntikan motivasi istimewa kerana turut berkongsi pengalaman serta perjalanan hidup beberapa orang alumni ILJTM yang kini berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Lebih bermakna lagi, perkongsian ini berlangsung bertepatan dengan Hari Konvokesyen ILJTM ke-28, yang menyaksikan kejayaan membanggakan apabila ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga keseluruhan JTM di Malaysia. Kejayaan ini jelas membuktikan bahawa institusi latihan teknikal negara mampu melahirkan graduan berkualiti dan berdaya saing.

Sebagai penghargaan, penceramah turut menyampaikan hadiah kepada beberapa orang pelajar yang menunjukkan minat mendalam dalam bidang TVET. Langkah ini berjaya membangkitkan lagi semangat pelajar untuk berusaha gigih serta yakin memilih laluan kemahiran sebagai salah satu jalan kejayaan masa depan.

Para pelajar menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang sesi berlangsung dan memberikan respon positif terhadap perkongsian yang diberikan. Diharapkan program ini mampu membuka minda serta memotivasikan mereka untuk lebih yakin melangkah ke alam pasca SPM.

Skip to content