Pasir Gudang, 5 Mac 2026 – Program ceramah bertajuk Minda Tenang, Prestasi Gemilang telah berjaya dilaksanakan pada 5 Mac 2026 bertempat di Bilik Seminar Kolej Komuniti Pasir Gudang. Program ini dianjurkan oleh pihak kolej sebagai sebahagian daripada pengisian Perhimpunan Bulanan Staf dengan menjemput penceramah dari Advanced Technology Training Centre (ADTEC) JTM Kampus Pasir Gudang bagi menyampaikan ceramah berkaitan kesejahteraan mental dan peningkatan prestasi kerja.
Ceramah telah disampaikan oleh Tn Hj Noorazam bin Yaakob dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang yang berkongsi pandangan serta panduan berkaitan kepentingan mengurus tekanan, membina ketenangan minda serta membentuk sikap positif dalam melaksanakan tugasan harian.
Sesi ceramah yang berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang itu memberi penekanan kepada aspek keseimbangan emosi, pengurusan tekanan serta motivasi diri dalam usaha membentuk persekitaran kerja yang lebih harmoni, fokus dan produktif.
Ceramah ini juga secara tidak langsung turut mempromosikan peranan dan fungsi ADTEC JTM sebagai institusi latihan kemahiran teknikal yang berperanan melahirkan tenaga mahir berkualiti serta memperkasa pembangunan modal insan negara. Program ini diharap dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam membina minda yang lebih tenang serta meningkatkan prestasi kerja yang cemerlang dalam persekitaran organisasi.
