07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Program CLEAR yang bertujuan meningkatkan kesedaran belia terhadap bahaya dadah, PED, vape dan rokok, serta membentuk jati diri belia yang lebih sihat, berdaya tahan dan berwawasan telah berlangsung pada 13 Januari 2026 di Surau Al-Mawaddah, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Encik Mohd Nazri bin Latib yang dijemput sebagai penceramah program ini telah memberi pendedahan yang jelas dan realistik tentang kesan ketagihan terhadap kesihatan, emosi, hubungan sosial dan masa depan, di samping mengajak para peserta membuat pilihan hidup yang bijak dan bertanggungjawab.

Penyampaian penceramah yang santai, berfakta dan dekat dengan realiti belia menjadikan sesi ceramah lebih menarik serta mudah difahami. Diharapkan program ini dapat menyemai kesedaran berterusan dalam kalangan peserta agar menjauhi gejala tidak sihat serta berani memilih kehidupan yang bersih, positif dan bermakna.

Skip to content