Pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai bersama pegawai dari Unit BPPL telah menyertai Program Explore i-VISTA yang dianjurkan oleh pihak PETRONAS bertempat di IKBN Bandar Penawar pada 24 Julai 2025.
Program ini menghimpunkan lebih 200 pelajar Tingkatan 5 dari sekolah-sekolah sekitar daerah Kota Tinggi, dengan objektif memberi pendedahan awal mengenai peluang kerjaya dalam bidang TVET dan industri minyak & gas. Turut serta dalam program ini ialah syarikat-syarikat kontraktor di bawah PETRONAS, wakil dari CIDB, serta tuan rumah IKBN Bandar Penawar.
Program ini menjadi platform strategik memperkenalkan bidang kemahiran dan halatuju pendidikan TVET kepada generasi muda — satu usaha ke arah melahirkan tenaga kerja mahir yang berkualiti dan berdaya saing.
