Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 13 Mei 2026 – Seramai lima orang Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menyertai Program Jelajah Changemaker Negeri Johor anjuran yang berlangsung sebagai platform pembangunan kepimpinan dan pemerkasaan belia dalam bidang kemasyarakatan.
Program ini dianjurkan dengan kerjasama dan menerusi inisiatif Changemaker Lab Negeri Johor yang bertujuan melahirkan lebih ramai agen perubahan dalam kalangan anak muda. Program tersebut memberi penekanan kepada pembangunan kapasiti peserta melalui latihan pengurusan projek, kepimpinan, kerja berpasukan serta literasi kewangan.
Penyertaan wakil MPP ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang ini dilihat sebagai satu peluang yang amat bermakna dalam membentuk mahasiswa yang berdaya saing, berfikiran kreatif dan mempunyai semangat kesukarelawanan tinggi. Selain itu, program ini turut membuka ruang kepada peserta untuk mengembangkan idea inovatif bagi membantu komuniti serta menyelesaikan isu sosial melalui projek kemasyarakatan.
Melalui penglibatan dalam Program Jelajah Changemaker ini, para peserta turut didedahkan kepada peluang pembangunan lanjutan seperti Changemaker Fellowship dan Changemaker Architect yang menyediakan bimbingan intensif dalam pengurusan projek, pembangunan jaringan profesional serta peluang mendapatkan dana sokongan bagi pelaksanaan projek komuniti.
Pihak merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada pelajar institusi ini untuk menyertai program yang memberi impak positif kepada pembangunan sahsiah dan kepimpinan pelajar. Diharapkan penyertaan ini mampu melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang aktif menyumbang kepada masyarakat serta selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
