Program Jelajah Ilmu Siri 1 telah berlangsung dengan jayanya melibatkan lawatan daripada pelajar SMK Taman Pasir Putih ke ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang pada 29 Mei 2026.
Seramai 129 orang pelajar Tingkatan 5 telah hadir bagi menyertai program ini yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada laluan kerjaya serta peluang latihan kemahiran.
Program ini turut melibatkan kerjasama:
🔹 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC
🔹 Kaunselor SMK Taman Pasir Putih
🔹 Bahagian CESS ADTEC
Sepanjang program, para pelajar telah:
✅ Melawat bengkel-bengkel latihan di ADTEC
✅ Mendapat taklimat kerjaya dan peluang pengajian
✅ Berinteraksi secara langsung dengan warga ADTEC
Diharapkan program seperti ini dapat membuka minda pelajar terhadap bidang kemahiran sebagai pilihan kerjaya masa hadapan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
