Program JobMatch, MyFutureJobs X ADTEC PG – Wavepac telah berlangsung dengan jayanya di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang pada 14 April 2026. Sesi ini melibatkan kehadiran tiga syarikat industri:
- Wavepac Sdn. Bhd.
- Waveplus Sdn. Bhd.
- Microtronics Technology Sdn. Bhd.
Delegasi yang diketuai oleh Puan Zarina, Group HR Manager bersama pasukan telah disambut oleh Pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, Tc. Megat Mohamad Faizar B. Abdul Wahab.
Seramai 38 orang pelajar telah menyertai program ini yang dimulakan dengan seminar kerjaya, diikuti sesi temuduga bagi jawatan Juruteknik Mesin.
Program ini memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai keperluan industri serta membuka peluang pekerjaan secara langsung kepada mereka.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak industri yang terlibat, JTDC serta PERKESO atas sokongan dan kerjasama padu dalam menjayakan program ini. Semoga kolaborasi strategik ini dapat diteruskan demi manfaat pelajar dan pembangunan tenaga kerja negara.
