07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Program JobMatch, MyFutureJobs × ADTEC Pasir Gudang telah berlangsung dengan jayanya melibatkan pelajar jurusan Automotif pada 8 April 2026.

Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh pihak syarikat, Shaziman Transport Sdn Bhd yang memberi pendedahan mengenai keperluan industri serta peluang kerjaya. Seterusnya, sesi diteruskan dengan taklimat daripada PERKESO berkaitan inisiatif MyFutureJobs dan sokongan penempatan pekerjaan.

Seramai 20 orang pelajar telah terlibat dalam program ini yang diakhiri dengan sesi temuduga bersama pihak syarikat.

Program ini menjadi platform penting dalam membantu pelajar membuat persediaan awal ke alam pekerjaan serta menghubungkan mereka secara terus dengan pihak industri.

Skip to content