07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Program JobMatch, MyFutureJobs × ADTEC Senai telah berjaya dilaksanakan pada 7 April 2026 dengan penyertaan pelajar daripada jurusan Elektronik Industri dan Industrial Product Design. Program dimulakan dengan sesi taklimat kerjaya oleh pihak syarikat serta PERKESO, memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai peluang pekerjaan, keperluan industri dan laluan kerjaya.

Seramai 38 orang pelajar telah menyertai sesi temuduga yang melibatkan tiga syarikat industri:
🔹 Chin Hin Building Material Sdn Bhd
🔹 Starken AAC Sdn Bhd
🔹 G-Cast Sdn Bhd

Inisiatif ini menjadi platform penting dalam menghubungkan pelajar dengan pihak industri serta membuka peluang pekerjaan kepada graduan TVET selaras dengan keperluan pasaran semasa. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Skip to content