07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Program JTDC JobMatch MyFutureJobs bersama ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Mac 2026, melibatkan penyertaan pelajar daripada beberapa bidang kemahiran utama. Seramai 60 orang pelajar telah terlibat dalam program kerjaya ini yang terdiri daripada kursus:
-Pipe Fitter (VISTA)
-Kimpalan 6G (VISTA)
-Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk bertemu secara terus dengan majikan melalui sesi temuduga terbuka bersama tiga syarikat industri terkemuka iaitu:

  • Halliburton Manufacturing Technology Sdn Bhd
  • Dialog Group Berhad
  • AceAsian Engineering Sdn Bhd

Melalui platform ini, para pelajar khususnya dari bidang kimpalan berpeluang menjalani sesi temuduga secara terus bersama pihak industri sebagai langkah awal ke arah penempatan pekerjaan selepas tamat latihan.
Inisiatif kerjasama antara JTDC, MyFutureJobs dan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang ini membuktikan komitmen berterusan dalam memperkukuhkan hubungan industri serta membuka laluan kerjaya kepada graduan TVET yang berkemahiran tinggi.

Skip to content