ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menganjurkan Program Latihan dan Ujian Ulangan TWI Welding Inspector CSWIP 3.1 yang berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Mei 2026.
Program ini melibatkan seramai 19 orang peserta yang mengikuti sesi ulang kaji, latihan intensif serta persediaan sebelum menduduki peperiksaan ulangan. Pada 15 Mei 2026, sesi ujian rasmi telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen, kesungguhan serta semangat yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Semoga segala usaha yang dicurahkan membuahkan kejayaan dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan kerjaya dalam industri pemeriksaan kimpalan.
