07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

28 April 2026, Kota Tinggi – ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Kolej Vokasional Kota Tinggi yang melibatkan seramai 8 orang wakil. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan serta perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan bengkel dan pelaksanaan latihan kemahiran TVET.

Lawatan ini memberi peluang kepada peserta untuk melihat secara lebih dekat pendekatan yang digunakan oleh pihak Kolej Vokasional Kota Tinggi, khususnya dalam aspek pengurusan bengkel, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP), penggunaan peralatan, serta penekanan terhadap keselamatan di bengkel latihan.

Sepanjang program, para peserta telah mengikuti sesi taklimat dan perkongsian ilmu daripada pihak tuan rumah. Selain itu, lawatan ke bengkel latihan turut diadakan bagi memberikan gambaran sebenar suasana pembelajaran serta kemudahan yang disediakan kepada pelajar.

Program ini juga membuka ruang perbincangan dua hala yang konstruktif antara kedua-dua institusi dalam usaha memperkukuh kualiti latihan kemahiran serta memperluas jaringan kerjasama strategik dalam bidang TVET. Program diakhiri dengan sesi penutup sebelum para peserta bersurai dengan penuh manfaat dan input baharu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah Kolej Vokasional Kota Tinggi, Tn. Hj Mohd Nazri bin Hashim atas kesudian menerima kunjungan warga ADTEC. Diharapkan hubungan kerjasama ini akan terus diperkukuhkan melalui pelbagai inisiatif dan program pada masa hadapan.

Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dalam penyampaian latihan serta melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dan memenuhi keperluan industri.

Skip to content