07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah bekerjasama dengan Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dalam menjayakan program lawatan sambil belajar ke syarikat Aztech IOTM, Pasir Gudang pada 30 April 2026.

Lawatan ini disertai oleh Penolong Kanan serta Ketua Panitia Mekanikal dan Elektrikal, dengan tujuan memberi pendedahan industri sebenar kepada pihak sekolah serta mengukuhkan hubungan strategik antara institusi TVET dan industri. Program ini telah diselaraskan oleh TC Megat Mohamad Faizar B. Abdul Wahab sebagai koordinator.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Aztech IOTM, khususnya Pengurus Sumber Manusia, Pn. Azie serta penolong beliau, En. Eddy atas sambutan mesra serta perkongsian ilmu dan peluang melihat penggunaan mesin berteknologi tinggi di syarikat tersebut. Semoga kolaborasi seperti ini terus diperkasakan demi pembangunan bakat TVET yang lebih kompeten dan berdaya saing.

Skip to content