27 April 2026, Senai – ADTEC JTM Kampus Senai telah menerima lawatan sambil belajar daripada pelajar Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru yang melibatkan seramai 20 orang pelajar bersama dua orang pengiring iaitu Cikgu Narrysha Aqilah Binti Nasir dan Cikgu Nur Farah Huda Binti Noor Azimi.
Peserta lawatan telah disambut oleh Puan Norina binti Andang, Penolong Pengarah Bahagian Hubungan Industri dan Komunikasi Korporat. Program dimulakan dengan taklimat pengenalan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai yang disampaikan oleh Tn Haji Noorazam bin Yaakob. Sesi diteruskan dengan pendedahan mengenai laluan pendidikan serta prospek kerjaya dalam bidang kemahiran yang disampaikan oleh Tc. Megat Mohd Faizar bin Abdul Wahab.
Program diteruskan dengan lawatan ke Bengkel Rekabentuk Produk Industri dan diikuti dengan Bengkel Teknologi Elektronik Industri, bagi memberi gambaran sebenar suasana pembelajaran dan fasiliti yang terdapat di kampus ini.
Di sebelah petang, peserta telah mengikuti kelas Arduino yang dikendalikan oleh Tc Mohd Azri Fahmy Bin Azman, pengajar Bengkel Teknologi Elektronik Industri. Dalam sesi ini, pelajar diperkenalkan kepada Arduino Uno, menjalankan latihan penyambungan litar seperti LED dan buzzer, serta mempelajari asas pengaturcaraan C++ menggunakan Arduino IDE. Aktiviti ini memberi pendedahan secara hands-on yang sangat bermanfaat dalam bidang elektronik dan automasi.
Program diakhiri dengan sesi penutup dan penyampaian sijil penyertaan sebelum para pelajar bersurai. Diharapkan lawatan ini dapat memberi inspirasi kepada para pelajar untuk meneroka bidang TVET dan seterusnya melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran di masa hadapan.
