07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 23-29 April 2026 – Program “Line Up for Jannah” anjuran Biro Kerohanian dan Khidmat Sosial, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang bertempat di Surau Al-Mawaddah telah dianjurkan dengan jayanya.
Program ini telah disampaikan oleh Tn. Hj. Noorazam bin Yaakob dan berlangsung selama beberapa hari iaitu pada 23 hingga 29 April 2026, dengan penglibatan para pelajar asrama.

  • pembinaan saf yang sempurna
  • pemahaman konsep masbuk dan muafik
  • tatacara solat berjemaah yang betul serta penyelesaian kepada permasalahan yang sering dihadapi oleh makmum seperti tertinggal bacaan al-Fatihah.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi serta memberikan respon yang sangat positif terhadap penyampaian yang interaktif dan praktikal. Demonstrasi penyusunan saf serta simulasi situasi sebenar solat berjemaah turut membantu meningkatkan kefahaman peserta secara lebih jelas dan berkesan.

Diharapkan melalui program ini, para pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan harian, seterusnya melahirkan generasi yang lebih cakna terhadap kesempurnaan ibadah serta kepentingan menjaga disiplin dalam solat berjemaah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Program ini diadakan sebagai usaha memperkasakan kefahaman dan penghayatan pelajar terhadap kepentingan solat berjemaah dalam kehidupan seharian. Antara pengisian utama yang diketengahkan ialah :

Skip to content