Alhamdulillah, telah berlangsung Program Lunch & Leads hasil usahasama strategik di antara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai bersama Dewan Teraju Perniagaan Bumiputera Negeri Johor di bawah Biro Kontraktor pada 26 Ogos 2025 bertempat di Dewan Auditorium ADTEC JTM Kampus Senai.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pegawai CESS ADTEC, Tc Megat Mohamad Faizar, serta sambutan mesra oleh Timbalan Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, Tn Hj Zuraidy bin Kadir. Turut hadir sebagai panelis forum:
✅ Tn Rozaiman Hj Hassan – Pengarah CIDB Negeri Johor
✅ Tn Muhammad Omar – Timbalan Pengurus JCCD
Program ini menjadi platform penting untuk kontraktor Bumiputera Johor berkongsi isu, cadangan serta solusi bersama agensi berkaitan. Hadir sama memeriahkan program:
- Tn Hj Samsudin Ismail – Setiausaha Kehormat Dewan Teraju
- Datin Hjh Aidah Ishak – Naib Presiden Wanita 1 Dewan Teraju
- Dr Syazliana Astrah – Moderator & AMT Dewan Teraju
- Datuk Hj Abdullah Awang – AMT Dewan Teraju & Pengerusi Biro Kontraktor
- Datuk Seri Effandie Ahmad – Timbalan Pengerusi Biro Kontraktor
- Tn Heirwan – Setiausaha Biro Kontraktor
- Pn Lyana – Timbalan Setiausaha Biro Kontraktor
- Tn Syed Haikal – Pengerusi Majlis & AJK Biro Kontraktor
