07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menganjurkan Program MyNext Onboarding & Career Roadmap dengan kerjasama pihak TalentCorp pada 26 Ogos 2025 di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang kerjaya serta kemahiran yang diperlukan dalam industri.

Taklimat dan perkongsian telah disampaikan oleh:

  • Puan Siti Sophie Ismail, Senior Associate, Graduate Emerging Talent
  • Encik Mohamad Azlan Bin Mohamad Nasrun, Senior Associate, Graduate Emerging Talent
    Bersama dua orang pembantu:
  • Encik Muhd Luqman Hakeem Abd Haleem
  • Puan Nasuha Mazit

Seramai 337 orang pelajar Semester 2, 3 dan 4 telah menyertai program ini. Antara pengisian utama adalah:
✔ Pendedahan mengenai dunia pekerjaan dan industri
✔ Pengenalan serta pendaftaran portal MyNext
✔ Panduan membina profil LinkedIn secara profesional

Program ini dianjurkan oleh Unit Komunikasi Korporat ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dengan Pn Norina binti Andang dan Pn Nurul Hasyimah binti Rasyid sebagai urusetia.

Skip to content