07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Sesi temuduga bagi Program PRO-MAHIR dalam bidang Automotif (Servis Selepas Jualan) telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Mei 2026 di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang. Program ini turut mendapat sambutan daripada belia Johor termasuk penyertaan belia Orang Asli yang hadir untuk sesi temuduga.

Program latihan ini akan bermula pada 18 Mei 2026 dengan sasaran seramai 20 peserta untuk mengikuti konsep Latih & Kerja di bawah tajaan Kerajaan Negeri Johor melalui kerjasama strategik bersama ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasakan modal insan Johor melalui latihan kemahiran, peluang pekerjaan dan pembangunan kerjaya khususnya dalam sektor automotif.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon yang hadir. Semoga program ini menjadi platform terbaik dalam membina masa depan kerjaya yang lebih cemerlang.

Skip to content