07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

SENAI, 27 April 2026 – Biro Kerohanian dan Khidmat Sosial, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Senai telah berjaya menganjurkan Program PRO YOUTH MOTIVATION yang berlangsung di Surau ADTEC JTM Kampus Senai.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan motivasi diri, membina jati diri serta menyemai kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan nilai kerohanian dalam kehidupan seharian, khususnya dalam menghadapi cabaran sebagai pelajar TVET.

Program ini telah menampilkan penceramah jemputan, Dr. Mohd Syafiq bin Othman dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Dalam slot ceramah yang disampaikan, beliau menekankan kepentingan membina kekuatan dalaman, disiplin diri serta hubungan yang kukuh dengan Allah sebagai asas utama kejayaan dunia dan akhirat.

Selain itu, pengisian program turut memberi penekanan kepada aspek pengurusan masa, pembentukan sahsiah diri serta kepentingan menjaga ibadah dalam kehidupan seharian. Penyampaian yang santai namun penuh pengisian memberi impak positif kepada para pelajar yang hadir.

Program ini mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar dan diharapkan dapat memberi manfaat serta menjadi pemangkin kepada perubahan positif dalam diri setiap peserta.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah jemputan serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Skip to content