Program promosi telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar pada 20 April 2026 oleh Penolong Pengarah CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai bersama pegawai-pegawai CESS dan kaunselor ADTEC.
Program ini bertujuan memperkenalkan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai serta kursus-kursus sepenuh masa yang ditawarkan kepada para pelajar. Turut diadakan sesi temuduga terbuka bagi Program PRO-MAHIR yang memberi peluang kepada belia, khususnya dari komuniti FELDA, untuk menyertai latihan kemahiran dalam bidang:
- Automotif
- Blasting & Painting Operator
Selain itu, sesi perkongsian turut dijalankan bagi memberi pendedahan mengenai laluan kerjaya dalam bidang TVET serta peluang pekerjaan selepas tamat latihan.
Kehadiran delegasi ADTEC telah disambut baik oleh pihak sekolah yang diketuai oleh pengetua, sekaligus mengukuhkan jalinan kerjasama antara institusi latihan dan pihak sekolah dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir negara.
Semoga usaha ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada golongan belia untuk membina masa depan yang lebih cemerlang melalui bidang kemahiran.
