Suasana pagi yang penuh santai dan harmoni menyerikan sesi sarapan bersama YB Tuan Aznan bin Tamin, Pengerusi Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, dalam program ramah mesra bersama para pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang serta Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai pada pagi 5 April 2026.
Ketibaan YB telah disambut mesra oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus, yang turut mengalu-alukan kehadiran beliau.
Sesi ini memberi peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi secara langsung, berkongsi pandangan serta mendapatkan inspirasi dan panduan berkaitan pendidikan dan masa depan kerjaya.
Semoga program seumpama ini terus menjadi platform memperkukuh hubungan antara institusi dan kepimpinan negeri dalam melahirkan generasi TVET yang cemerlang dan berdaya saing.
