Program Roadshow PRO-MAHIR telah berjaya dilaksanakan pada 11 Mei 2026 hasil kerjasama strategik antara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai bersama Johor Talent Development Council (JTDC).
Program kali ini telah diadakan di Kampung Orang Asli Pasir Putih, Jalan Limbungan bagi mendekati komuniti setempat serta memperkenalkan peluang latihan kemahiran dan pembangunan kerjaya kepada masyarakat.
Sesi turut melibatkan perjumpaan bersama penduduk kampung, sesi ramah mesra serta perkongsian berkaitan manfaat dan peluang yang ditawarkan melalui Program PRO-MAHIR. Pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai turut hadir bagi memberi penerangan secara terus kepada komuniti.
Semoga usaha ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat dalam meningkatkan kemahiran, kebolehpasaran dan pembangunan kerjaya masa hadapan.
