07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah menganjurkan Program Sahabat Ramadan sepanjang bulan Ramadan sebagai salah satu inisiatif memperkukuh pengisian rohani dalam kalangan pelajar. Program ini disertai seramai 100 orang pelajar secara sukarela yang menunjukkan minat tinggi terhadap aktiviti kerohanian.

Antara aktiviti utama program ini ialah:
-Bacaan Yasin dan Tahlil setiap petang bagi memupuk kesedaran berdoa dan memperkuat ukhuwah sesama pelajar.
-Tadarus Al-Quran setiap malam untuk mempertingkat penguasaan bacaan Al-Quran secara berjemaah.
-Sesi Bimbingan Al-Quran khas untuk pelajar yang belum menguasai bacaan Al-Quran, dikendalikan oleh pelajar Universiti Islam Antarabangsa, Saudara Muhammad Zuhair.

Program ini bertujuan menjadi penggerak aktiviti kerohanian di kalangan pelajar, membina disiplin ibadah, serta menggalakkan suasana ukhuwah dan pembelajaran Al-Quran secara berterusan. Keseluruhan program diselia dan dibimbing oleh Tn. Hj. Noorazam bin Yaakob bagi memastikan keberkesanan dan kelancaran pelaksanaan aktiviti.

Dengan penganjuran Sahabat Ramadan, pihak ADTEC berharap dapat menanam kesedaran rohani yang berpanjangan serta memupuk pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah, kerohanian dan akademik.

Skip to content