07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

18 Mei 2026 – Biro Kerohanian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menganjurkan Program Tajdid Minda Anak Muda bertempat di Surau Al Mawaddah, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Program ini diadakan sebagai medium pengisian rohani dan pembangunan sahsiah dalam kalangan pelajar melalui perkongsian berkaitan kepentingan pembentukan jati diri, akhlak, disiplin serta peranan anak muda dalam mendepani cabaran semasa.

Selain itu, program ini turut memberi penekanan terhadap usaha melahirkan generasi pelajar yang mempunyai pemikiran positif, berakhlak mulia serta sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah kehidupan yang lebih seimbang dari aspek duniawi dan ukhrawi.

Sepanjang program berlangsung, para peserta memberikan kerjasama dan komitmen yang baik serta menunjukkan minat terhadap pengisian yang disampaikan.

Penganjuran program seperti ini diharapkan dapat menjadi platform berterusan dalam menyuburkan budaya ilmu, penghayatan agama dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kampus. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Biro Kerohanian MPP serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Skip to content