Program Temuduga Pro-Mahir, inisiatif daripada JTDC dengan sokongan Kerajaan Negeri Johor telah berlangsung dengan jayanya pada 5 April 2026.
Program ini memberi fokus kepada bidang automotif serta blasting & painting operator melalui konsep latih dan kerja, khusus untuk Warganegara Malaysia, terutamanya belia Johor yang kurang berkemampuan.
Inisiatif ini membuka peluang kepada peserta untuk:
✅ Mendapat latihan kemahiran secara profesional
✅ Meningkatkan kebolehpasaran diri
✅ Menjamin peluang pekerjaan dalam industri automotif serta minyak & gas
Semoga usaha ini terus menjadi platform terbaik dalam membantu belia membina masa depan yang lebih cerah dan berdaya saing
