07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 15 April 2026 – Program Upgrade Solat 1.0 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 13 hingga 15 April 2026 bertempat di Surau Al-Mawaddah, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Program ini merupakan anjuran Biro Kerohanian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan objektif untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan pelajar terhadap ibadah solat secara menyeluruh.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan tatacara solat secara terperinci berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW, merangkumi aspek:

  • Niat dan persediaan solat
  • Pergerakan dan bacaan dalam solat
  • Kesalahan-kesalahan lazim dalam solat
  • Bacaan Fatihah
  • Kepentingan khusyuk dan penghayatan

Pendekatan yang digunakan adalah berbentuk pengisian teori dan praktikal, bagi memastikan para peserta bukan sahaja memahami, bahkan mampu mempraktikkan solat dengan lebih sempurna dalam kehidupan seharian. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar, sekaligus mencerminkan kesedaran tinggi dalam kalangan mereka untuk memperbaiki kualiti ibadah.

Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha melahirkan generasi pelajar yang berilmu, berakhlak dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Skip to content