Program Vista i-Plus Dual Vocational and Training (VDVT) hasil kerjasama antara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai bersama PETRONAS telah berlangsung di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang pada 6 Mei 2026.
Delegasi MMHE dan PETRONAS telah disambut oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus.
Sesi temuduga dan ujian amali bagi program ini telah dijalankan oleh pihak MMHE yang diketuai oleh En. Fadli bersama wakil PETRONAS iaitu Pn. Nur Syazwani bt Kenny Yusoff, En. Zaimi Ahmad serta Pn. Nurul Najat.
Program ini merupakan salah satu inisiatif strategik dalam memperkukuhkan pembangunan bakat TVET serta menyediakan peluang latihan dan kerjaya kepada para pelajar melalui kerjasama erat antara institusi latihan dan industri.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama strategik ini terus memberi manfaat kepada pembangunan modal insan berkemahiran tinggi negara.
