07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

24–25 Februari 2026 | Pasir Gudang / Senai JKK Surau Al Mawaddah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah menganjurkan Quranic Correction & Improvement Series pada 24 hingga 25 Februari 2026 sebagai usaha memperbetulkan dan memantapkan bacaan Al-Fatihah serta Al-Quran dalam kalangan staf.

Program ini memberi fokus kepada sesi tasmik bacaan Surah Al-Fatihah dan ayat-ayat Al-Quran dengan penekanan terhadap ketepatan makhraj huruf dan hukum tajwid.

Bimbingan telah dikendalikan oleh Ustaz Muhamad Ariff bin Faizan dan Ustaz Muhammad Hamzi bin Mohammad Husham melalui pendekatan semakan dan pembetulan secara langsung.

Inisiatif ini bertujuan memastikan kesempurnaan bacaan dalam solat serta menyemarakkan budaya pembelajaran Al-Quran secara berterusan dalam kalangan warga kerja. Program berlangsung dalam suasana ilmiah dan harmoni dengan komitmen tinggi daripada para peserta.

Skip to content