Pasir Gudang, 22 April 2026 bertempat di Surau Al Mawaddah anjuran Biro Kerohanian Majlis Perwakilan Pelajar ini menampilkan perkongsian penuh inspirasi daripada alumni jemputan, Muhammad Amar Farhan bin Rosli (Batch 2/2022), yang kini berkhidmat sebagai Technician CMM.
Beliau juga merupakan Pelajar Terbaik Teknologi Rekabentuk Produk Industri serta mantan Presiden MPP sesi 1/2023.
Program berbentuk bual bicara yang dikendalikan oleh moderator, Yazid Bin Raqashi, telah membuka ruang kepada para pelajar untuk memahami dengan lebih jelas realiti sebenar dunia pekerjaan yang bakal mereka tempuhi.Antara pengisian menarik:
- Realiti sebenar dunia kerja
- Cabaran yang dihadapi & cara mengatasinya
- Tips dan persediaan menghadapi masa depan
Perkongsian yang jujur dan praktikal ini memberi pendedahan awal kepada para pelajar agar lebih bersedia dari segi mental, kemahiran dan sikap sebelum melangkah ke alam kerjaya.
